Selamat Datang

Usrah Jamadilkubra ialah rangkaian keluarga keturunan SYED JAMALUDDIN AL-AKBAR AL-HUSAINI (Wajo Makasar 1352-1415 M) BIN AHMAD JALALUDDIN SYAH (AHMAD SYAH JALAL) melalui keturunannya SYED ALI NURUDDIN ZAINUL ALAM (Ali Nurul Alam).

Jumaat, 11 Jun 2010

Kelahiran Baru : Hubabah Fatimah az-Zahrah


Pada 08/06/2010 satu majlis tahniq telah diadakan keatas kelahiran ahli baru Usrah Jamadilkubra yang dinamakan Hubabah Fatimah az-Zahrah al-Kubra al-Husaini, puteri Abu Aswad al-Kubra yang dilahirkan pada 02/06/2010 jam 7.06 pagi di Hospital Tumpat.

Majlis itu telah disempurnakan oleh guru kami yang mulia, al-Alim al-Allamah Syeikh Abdul Qadir al-Madani. Antara tetamu kehormat yang turut hadir ialah al-Habib Muhsin bin Muhammad al-Habsyie. Majlis dimulakan dengan upacara tahniq oleh al-Alim al-Allamah Syeikh Abdul Qadir al-Madani dan kemudiannya diserikan dengan bacaan Maulid Dibaei dan qasidah-qasidah. Akhirnya para tetamu disajikan dengan hidangan kesyukuran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan