Selamat Datang

Usrah Jamadilkubra ialah rangkaian keluarga keturunan SYED JAMALUDDIN AL-AKBAR AL-HUSAINI (Wajo Makasar 1352-1415 M) BIN AHMAD JALALUDDIN SYAH (AHMAD SYAH JALAL) melalui keturunannya SYED ALI NURUDDIN ZAINUL ALAM (Ali Nurul Alam).

Selasa, 17 Februari 2009

Zikir Secara Kuat Atau Secara Perlahan: Dua-dua Ada dalam Sunnah



Zaman ini, timbul fenomena di mana ada di kalagan golongan “muda” yang cuba mengetengahkan isu-isu remeh yang telah lama dibahaskan oleh para ulama’ dan ianya sama sekali tidak membawa kepada pengingkaran. Ia merupakan masalah-masalah khilafiyah, yang menunjukkan kekayaan perbendaharaan intitusi ilmu fiqh Islam yang dicemburui oleh golongan bukan Islam.

Bertolak dari kegagalan sesetengah pihak, memahami fiqh ikhtilaf dalam masalah fiqh, menyebabkan mereka tampil ke hadapan, untuk, kononnya menentang bid’ah dan menegakkan sunnah, dengan masalah-masalah khilaf tersebut.

Golongan ulama’ Islam yang mempunyai latar-belakang yang kukuh dalam bidang fiqh Islami pada mulanya memberi teguran secara umum, mengenai golongan yang cuba memperbesarkan masalah khilaf ini, tanpa menjawab satu persatu persoalan yang ditimbulkan oleh golongan tersebut. Namun, kemelaratan sehingga menuduh seolah-olah golongan lain yang tidak sependapat dengan mereka dalam masalah-masalah khilaf tersebut, sebagai ahli bid’ah dan hanya mereka yang sependapat dengan mereka sahaja sebagai ahli sunnah, memaksa ramai para ulama’ Islam tampil menjawab persoalan-persoalan remeh-temeh mereka (yang mereka besar-besarkan sehingga jadi pintu saling salah-menyalahkan).

Antara para ulama’ yang menjawab kekeliruan golongan (separa ilmuan)tersebut adalah seperti Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi (yang mana ulama’-ulama’ tersebut dikafirkan oleh sesetengah golongan salafi), Dr. Umar Abdullah Kamil, Sheikh Sayyid Muhammad bin ‘Alawi Al-Maliki, Sheikh Abdullah Siddiq Al-Ghumari. Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah, Shiekh Dr. Ali Jum’ah (mufti Mesir hari ini) dan sebagainya.

Antara masalah-masalah kecil yang cuba diperbesarkan oleh golongan tersebut ialah masalah zikir selepas solat dengan suara yang kuat. Mereka tampil memberi tamparan yang hebat khususnya kepada institusi-institusi ibadah di Malaysia, seperti masjid-masjid dan surau-surau yang mengamalkan zikir dengan kuat setelah solat.

Pelbagai kritikan yang tidak ilmiah, dilemparkan atas nama keilmuan, terhadap tradisi masyarakat Melayu di Malaysia, yang sudah lama mengamalkan zikir setelah solat secara jihar (terang-terangan) dan jama’i (berjamaah). Mereka terlupa, atau sengaja mengelirukan diri sendiri, takkala berhadapan dengan dalil-dalil Sunnah yang membela amalan tersebut.

Bahkan, ada yang sampai sanggup mengatakan: Nabi dan para sahabat hanya membaca wirid dengan suara kuat dan lantang sewaktu mengajar makmum. Kita sekarang, para makmum sudah menjangkau usia lebih daripada 60 tahun takkanlah, tak tahu membaca doa dan berwirid?

Selain daripada ianya merupakan ayat berbentuk penghinaan dan sikap memperlekehkan amalan tersebut, ianya juga merupakan suatu kenyataan yang tidak berasas dan menjadi hujah ke atas dirinya sendiri.

Kalau kita lihat perkataan berikut, kita dapati bahawa, dia sendiri mengakui Nabi s.a.w. membaca wirid dengan suara kuat dan lantang sewaktu mengajar makmum. Kemudian, mengetengahkan contoh di mana, masyarakat kita, takkala mengamalkan amalan yang sama, dia berkata: “Kita sekarang, para makmum sudah menjangkau usia lebih daripada 60 tahun takkanlah, tak tahu membaca doa dan berwirid?”

Apa, zaman Rasulullah s.a.w. tidak ada makmum yang sudah menjangkau usia 60 tahunkah, yang membuatkan Nabi s.a.w. turut berzikir dengan kuat untuk mengajar para sahabat Baginda s.a.w. pada ketika itu?

Kalau saudara yang berkata perkataan ini cuba bermaksud, semua orang yang sudah berumur 60 tahun ke atas pandai baca zikir dan wirid sendiri, ini merupakan perkataan yang tidak barasas.

Penolakan yang pertama terhadap perkataan beliau: Rasulullah s.a.w. juga ketika membaca zikir secara kuat untuk mengajar para sahabat Baginda s.a.w., ada di kalangan mereka yang sudah melebihi 60 tahun juga.

Penolakan yang kedua: Adakah saudara yang berkata sedemikian tidak pernah ke masjid, kerana di masjid, bukan semua makmumnya melebihi 60 tahun. Ada dari kalangan remaja (walaupun sedikit), ada dari kalangan dewasa yang tidak pernah belajar membaca, bahkan ada dari kalangan mereka melebihi 60 tahun, namun masa mudanya tidak pernah belajar tentang ilmu agama langsung. Ini realiti di Malaysia.

Jadi, amalan berzikir secara terang merupakan suatu amalan yang digalakkan, di samping ianya turut dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., ianya juga turut memberi kesan positif dalam mengajar masyarakat kita yang secara umumnya, jauh lebih jahil dari masyarakat zaman Rasulullah s.a.w. itu sendiri.

Ada juga yang berkata: “Oleh yang demikian (berzikir dengan kuat) masjid dan surau sudah menjadi seperti majlis nasyid. Ada di antaranya menjadi bising sehingga mengganggu jemaah yang sedang sembahyang, sedang masbuk dan di antaranya baru hendak bersembahyang. Seolah-olah mereka tidak menghirau orang masbuk yang sedang bersolat atau orang baru datang untuk bersolat.”

Pertama, ianya seolah-olah menujukan persoalan tersebut kepada Rasulullah s.a.w. sendiri, kerana Baginda s.a.w. yang memulakan amalan berzikir secara kuat untuk mengajar para sahabat Baginda s.a.w..

Sememangnya adab perlu dijaga, takkala mendapati ada orang yang masih bersolat, dan sebagainya. Maka, pada ketika itu, perlulah diperlahankan sedikit, sehingga tidak mengganggu orang yang bersolat. Namun, pengingkaran terhadap amalan zikir dengan kuat setelah solat berjemaah semata-mata kerana takut mengganggu orang yang sedang solat, bererti pengingkaran terhadap Rasulullah s.a.w., sendiri, kerana Baginda s.a.w. lah yang mula-mula melakukan zikir secara kuat tersebut, berdasarkan hadis yang akan dibincangkan nanti. Adakah kita sanggup menuduh Rasulullah s.a.w. tidak merai orang-orang yang solat takkala Baginda s.a.w. sendiri membaca zikir dengan kuat untuk mengajarkan para sahabatnya zikir tersebut? Ini tidak benar. Konsep pengajaran zikir dalam hadis tersebut jelas, di mana Rasulullah s.a.w. dan para sahabat berzikir secara terang-terangan sehingga didengari olah orang yang di luar masjid, untuk mengajar para sahabat berzikir setelah solat.

Tidak boleh dinafikan kemungkinan bahawa, takkala Rasulullah s.a.w. berzikir secara kuat juga, ada yang masih solat kerana masbuq dan sebagainya. Namun, Rasulullah s.a.w. mengutamakan pengajaran zikir kepada para sahabat yang lain sambil merai adab-adab supaya tidak mengganggu mereka yang masih lagi sedang solat.

Apa yang kita perlu lakukan, bukanlah mengingkari amalan berzikir secara kuat setelah solat tersebut, tetapi memberitahu adab-adab yang perlu dijaga dalam merai mereka yang sedang solat. Itu sahaja. Siapalah kita untuk mengingkari amalan yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. tersebut?

Ada hadis yang menyebutkan tentang mengeraskan suara dengan zikir iaitu hadis riwayat Ibnu Abbas:

“Bahawasanya mengangkat suara dengan zikir sewaktu orang ramai selesai solat fardu adalah dilakukan pada zaman Rasulullah. Berkata Ibnu Abbas lagi: “Aku mengetahuinya setelah mereka selesai solat fardu itu apabila aku mendengarnya.” Hadis riwayat Bokhari.

Ada orang mengulas: “Hadis ini ditujukan kepada keperluan mengajar zikir yakni nabi dan para sahabat pernah mengeraskan suara membaca zikir buat sementara waktu sahaja, bukan terus-menerus secara tetap.”

Persoalan yang pertama, di manakah petunjuk dalam hadis tersebut, menunjukkan Rasulullah s.a.w. hanya mengeraskan suara membaca zikir buat sementara waktu sahaja?

Jika kita lihat dari perkataan Ibn Abbas takkala mengulas bahawa, beliau r.a. mengetahui solat jemaah habis dengan mendengar bacaan zikir secara kuat tersebut, bahkan menunjukkan amalan tersebut kerap dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., sehingga ianya menjadi seolah-olah satu petunjuk bahawa, solat jemaah sudah selesai di masjid tersebut.

Kalaupun ada hadis yang menjelaskan amalan tersebut hanya sementara sahaja, kerana ianya merupakan suatu pengajaran terhadap para sahabat r.a., yang dapat kita ambil darinya ialah illah (sebab) Rasulullah s.a.w. mengeraskan suara dalam zikir setelah solat jemaah untuk untuk mengajar zikir setelah selesai solat kepada para sahabat.

Oleh itu, jika tiada illah (iaitu untuk mengajar) maka Rasulullah s.a.w. pun meninggalkan amalan tersebut. Persoalannya, illah tersebut akan tiada bila Baginda s.a.w. dapati para sahabatnya sudah boleh berzikir sendiri setelah solat, maka ditinggalkanlah amalan tersebut.

Tapi, fenomena di Malaysia, tidak sedemikian. Janganlah anda bercakap seolah-olah anda sebagai seorang sahabat yang hidup di zaman Baginda s.a.w. tersebut. Anda berada di abad ke 21 di mana, masyarakat Malaysia umumnya, amat jahil hatta dalam hukum agama sekalipun, inikan pula dalam bab zikir selepas solat.

Fiqh merupakan solusi realiti. Realiti masyarakat Malaysia masih memerlukan pengajaran yang berterusan khususnya dalam perkara-perkara agama. Oleh yang demikian, illah untuk membaca zikir secara kuat setelah solat berjemaah di Malaysia (iaitu mengajar masyarakat awam tentang zikir tersebut) masih lagi wujud, dengan wujudnya kejahilan dalam diri mereka.

Jadi, golongan yang lantang mengkritik amalan tersebut samada tidak faham dengan konsep sunnah Rasulullah s.a.w. itu sendiri, ataupun tidak faham dengan realiti masyarakat. Cukuplah dari memperdebatkan tentang perkara ini.

Kalaupun ada ulama’ yang menolak amalan tersebut seperti Ibn Qayyim (beliau orang Malaysiakah yang hidup dalam realiti kita hari ini) dan sebagainya, ada juga ulama’ muktabar yang membenarkan bacaan zikir secara kuat untuk tujuan mengajar masyarakat.

Bagi mereka yang mengamalkan, mereka ada dalil yang tersendiri. Bagi mereka yang tidak mengamalkan, mereka ada dalil yang tersendiri. Tetapi, bagi mereka yang sibuk berdebat, bergaduh, tuduh-menuduh, salah-menyalahkan satu sama lain dalam masalah ini, mereka sebenarnyalah yang membawa bid’ah, kerana menjadikan masalah khilafiyah yang tidak sepatutnya timbul pengingkaran sesama manusia di dalamnya, mereka canang merata-rata seolah-olah ianya suatu racun masyarakat Islam di Malaysia, padahal ramai dari kalangan umat Islam di Malaysia sendiri, yang sentiasa meninggalkan solat dan jahil dalam ilmu agama.

Apa gaduh-gaduh tentang perkara zikir setelah solat. Kalau anda mahu ikut serta dengan imam untuk baca zikir secara kuat, kalau anda sudah rasa “pandai” berzikir setelah solat sendiri, tidak ada sesiapa paksa anda zikir secara kuat, berjemaah. Ianya bukan suatu yang wajib. Orang-orang awam yang solat jemaah di masjid sendiri tidak pernah kata: “Zikir secara kuat lepas solat itu wajib”! Anda yang buruk sangka terhadap mereka, dengan mendakwa mereka anggap ianya wajib.

Semoga Allah s.w.t memelihara kita dari perpecahan dan dari sikap memecah-belahkan umat Islam…Amin…

Wallahu ‘alam…

Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin
23 November 2006
UTM, Kuala Lumpur


Dipetik dari Raja Ahmad Mukhlis

Selasa, 3 Februari 2009

Rasulullah s.a.w

Nabi Muhammad s.a.w. (sallallahu aleihi wassalam) (B. Arab: محمد) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja berfungsi sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.

Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:

!$tBur š»oYù=yör& žwÎ) ZptHôqy šúüÏJn=»yèù=Ïj9 ÇÊÉÐÈ

"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

Kelahiran

Nabi Muhammad telah diputerakan di Mekah,Arab Saudi pada hari Isnin, 12 Rabiulawal(20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah bint Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Ismail, anak kepada Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh. Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimathus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Mekah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syiria).

Masa remaja

Dalam masa remajanya, Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belai pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga baginda dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.

Berumahtangga

Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa.

Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong baginda untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 7 orang anak (3 lelaki dan 4 perempuan) tetapi ketiga-tiga anak lelaki mereka, Qasim, Abdullah dan Ibrahim meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah baginda meninggal pada usia 51 tahun.

Bapa-bapa saudara dan ibu-ibu saudara Nabi Muhammad s.a.w.

Al-Harith bin Abdul Muthalib

Muqawwam bin Abdul Muthalib

Zubair bin Abdul Muthalib

Hamzah bin Abdul Muthalib

Al-Abbas bin Abdul Muthalib

Abu Thalib bin Abdul Muthalib

Abu Lahab bin Abdul Muthalib

Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib

Hijl bin Abdul Muthalib

Dzirar bin Abdul Muthalib

Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Safiyah binti Abdul Muthalib

'Atikah binti Abdul Muthalib

Arwa binti Abdul Muthalib

Umaimah binti Abdul Muthalib

Barrah binti Abdul Muthalib

Ummi Hakim al-Bidha binti Abdul Muthalib

Kerasulan

Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hatinya sehingga baginda kerapkali ke Gua Hira', sebuah gua bukit dekat Mekah, yang kemudian dikenali sebgai Jabal An Nur untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya. Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa.

Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira', Malaikat Jibril mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata:

ù&tø%$# ÉOó$$Î/ y7În/u Ï%©!$# t,n=y{ ÇÊÈ t,n=y{ z`»¡SM}$# ô`ÏB @,n=tã ÇËÈ ù&tø%$# y7š/uur ãPtø.F{$# ÇÌÈ Ï%©!$# zO¯=tæ ÉOn=s)ø9$$Î/ ÇÍÈ zO¯=tæ z`»¡SM}$# $tB óOs9 ÷Ls>÷ètƒ ÇÎÈ

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."

Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah s.a.w. dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah.

Marhalah Dakwah Rasulullah

Perjuangan dakwah Rasulullah yang boleh diringkaskan sebagai berikut:

§ Pertama: Marhalah Tasqif - tahap pembinaan dan pengkaderan untuk melahirkan individu-individu yang menyakini pemikiran (fikrah) dan metod (thariqah) parti politik guna membentuk kerangka gerakan.

§ Kedua: Marhalah Tafa’ul ma’al Ummah - tahap berinteraksi dengan umat agar umat turut sama memikul kewajiban dakwah Islam, sehingga umat akan menjadikan Islam sebagai masalah utama dalam hidupnya serta berusaha untuk menerapkannya dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.

§ Ketiga: Marhalah Istilamil Hukmi - tahap pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya sebagai risalah Islam ke seluruh penjuru dunia.

Thalabun Nusrah

Thalabun Nusrah adalah detik bersejarah yang dapat dinukil didalam kitab sirah dan merupakan satu aktiviti penting dalam marhalah kedua perjuangan Rasulullah s.a.w. Lestari atau tidaknya dakwah ditentukan olehnya kerana keberlangsungan dakwah memerlukan dua aspek penting:-

§ Pertama, untuk mendapatkan perlindungan (himayah) sehingga tetap dapat melakukan aktiviti dakwah dalam keadaan aman dan terlindung.

§ Kedua, untuk mencapai tampuk pemerintahan dalam rangka menegakkan Daulah Islamiyah (Negara Islam) dan menerapkan hukum-hukum berdasarkan apa yang telah diturunkan Allah SWT dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.

Cabaran-cabaran

Apabila Rasulullah menyeru manusia ke jalan Allah, tidak ramai yang mendengar seruannya. Kebanyakkan pengikut baginda adalah dari anggota keluarganya dan dari golongan masyarakat bawahan, Antara mereka ialah Khadija, Ali, Zayd dan Bilal. Apabila baginda memperhebat kegiatan dakwahnya dengan mengumumkan secara terbuka agama Islam yang disebarkannya, dengan itu ramai yang mengikutnya. Tetapi pada masa, baginda menghadapi berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan para pemimpin yang merasakan kedudukan mereka terancam. Mereka bangkit bersama untuk mempertahankan agama datuk nenek mereka.

Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan kecil masyarakat yang dihormati di Mekah menganut agama Islam. Antara mereka ialah Abu Bakar, Uthman bin Afan, Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi.

Akibat cabaran dari masyarakat jahiliyah di Mekah, sebahagian orang Islam disiksa, dianiaya, disingkir dan dipulaukan. Baginda terpaksa bersabar dan mencari perlindungan untuk pengikutnya. Baginda meminta Negus Raja Habsyah, untuk membenarkan orang-orang Islam berhijrah ke negaranya. Negus mengalu-alaukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka diserah kepada penguasa di Mekah.

Hijrah

Di Mekah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada Allah. Sebelumnya ia dijadikan oleh masyarakat jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain dari Allah. Mereka datang dari berbagai daerah Arab, mewakili berbagai suku ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai sebuah pesta tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan tradisi mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk menyebarkan Islam. Antara mereka yang tertarik dengan seruan baginda ialah sekumpulan orang dari Yathrib. Mereka menemui Rasulullah dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernama Aqabah secara sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk melindungi Islam, Rasulullah dan orang-orang Islam Mekah.

Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi ke Mekah. Mereka menemui Rasulullah di tempat yang mereka bertemu sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul Muthalib, pakcik baginda yang belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu. Mereka mengundang baginda dan orang-orang Islam Mekah untuk berhijrah ke Yathrib. Mereka berjanji akan melayani mereka sebagai saudara seagama. Dialog yang memakan masa agak lama diadakan antara mayarakat Islam Yathrib dengan pakcik Rasulullah untuk memastikan mereka sesungguhnya berhasrat mengalu-alukan masyarakat Islam Mekah di bandar mereka. Rasulullah akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-ramai ke bandar baru itu.

Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan Mekah, masyarakat jahiliyah Mekah cuba menghalang mereka. Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke Yathrib. Masyarakat jahiliyah Mekah bimbang hijrah ke Yathrib akan memberi peluang kepada orang Islam untuk mengembangkan agama mereka ke daerah-daerah yang lain.

Hampir dua bulan seluruh masyarakat Islam dari Mekah kecuali Rasulullah, Abi Bakar, Ali dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah. Masyarakat Mekah kemudian memutuskan untuk membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak berjaya. Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur, Rasulullah akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib, yang kemudian dikenali sebagai, 'Bandar Rasulullah'.

Madinah

Di Madinah, kerajaan Islam diwujudkan di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. Umat Islam bebas mengerjakan solat di Madinah. Musyrikin Makkah mengetahui akan perkara ini kemudiannya melancarkan beberapa serangan ke atas Madinah tetapi kesemuanya ditangkis dengan mudah oleh umat Islam. Satu perjanjian kemudiannya dibuat dengan memihak kepada pihak Quraish Makkah. Walau bagaimanapun perjanjian itu dicabuli oleh mereka dengan menyerang sekutu umat Islam. Orang Muslim pada ketika ini menjadi semakin kuat telah membuat keputusan untuk menyerang musyrikin Makkah memandangkan perjanjian telah dicabuli.

Pembukaan Kota Makkah

Pada tahun kelapan selepas penghijrahan ke Madinah berlaku, Nabi Muhammad s.a.w. berlepas ke Makkah. Tentera Islam yang seramai 10,000 orang tiba di Makkah dengan penuh bersemangat. Takut akan nyawa mereka terkorban, penduduk Makkah bersetuju untuk menyerahkan kota Makkah tanpa sebarang syarat. Nabi Muhammad s.a.w. kemudian mengarahkan supaya kesemua berhala dan patung-patung di sekeliling Kaabah dimusnahkan.

Meneladani Perbuatan Rasulullah S.A.W

Perbuatan-perbuatan yang dilakukan Rasulullah SAW dibagi menjadi dua macam. Ada yang termasuk perbuatan-perbuatan jibiliyah, iaitu perbuatan yang dilakukan manusia secara fitri, dan ada pula perbuatan-perbuatan selain jibiliyah. Perbuatan-perbuatan jibiliyah, seperti berdiri, duduk, makan, minum dan lain sebagainya, tidak ada perselisihan bahawa status perbuatan tersebut adalah mubah (harus), baik bagi Rasulullah S.A.W maupun bagi umatnya. Oleh kerana itu, perbuatan tersebut tidak termasuk dalam kategori mandub (sunat).

Sedangkan perbuatan-perbuatan yang bukan jibiliyah, boleh jadi termasuk dalam hal-hal yang ditetapkan khusus bagi Rasulullah S.A.W, dimana tidak seorang pun diperkenankan mengikutinya (haram); atau boleh jadi tidak termasuk dalam perbuatan yang diperuntukkan khusus bagi baginda. Apabila perbuatan itu telah ditetapkan khusus bagi Rasulullah S.A.W, seperti dibolehkannya baginda melanjutkan puasa pada malam hari tanpa berbuka, atau dibolehkannya menikah dengan lebih dari empat wanita, dan lain sebagainya dari kekhususan baginda; maka dalam hal ini kita tidak diperkenankan mengikutinya. Sebab, perbuatan-perbuatan tersebut telah terbukti diperuntukkan khusus bagi baginda berdasarkan Ijmak Sahabat. Oleh kerana itu tidak dibolehkan meneladani baginda dalam perbuatan-perbuatan semacam ini.

Akan halnya dengan perbuatan baginda yang kita kenal sebagai penjelas bagi kita, tidak ada perselisihan bahawa hal itu merupakan dalil. Dalam hal ini penjelasan tersebut boleh berupa perkataan, seperti sabda baginda:

صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَليِّ

“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat”

خُذُوْا عَنِّيْ مَنَاسِكَكُمْ

"Laksanakan manasik hajimu berdasarkan manasikku (apa yang telah aku kerjakan)"

Hadis ini menunjukkan bahawa perbuatan baginda merupakan penjelas, agar kita mengikutinya. Penjelasan baginda bisa juga berupa qaraain al ahwal, yakni qarinah/indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, seperti memotong pergelangan pencuri sebagai penjelas firman Allah SWT:

ä-Í$¡¡9$#ur èps%Í$¡¡9$#ur (#þqãèsÜø%$$sù $yJßgtƒÏ÷ƒr&

"Maka potonglah tangan keduanya." (Surah Al-Maidah : 38)

Status penjelas yang terdapat dalam perbuatan Rasulullah S.A.W, baik berupa ucapan maupun indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, dapat mengikuti hukum apa yang telah dijelaskan, apakah itu wajib, haram, mandub (sunat) atau mubah (harus) sesuai dengan arah penunjukan dalil.

Sedangkan perbuatan-perbuatan baginda yang tidak terdapat di dalamnya indikasi yang menunjukkan bahawa hal itu merupakan penjelas, bukan penolakan dan bukan pula ketetapan. Maka dalam hal ini perlu diperhatikan apakah di dalamnya terdapat maksud untuk bertaqarrub (mendekatkan diri kepada Allah) atau tidak. Apabila di dalamnya terdapat keinginan untuk bertaqarrub kepada Allah maka perbuatan itu termasuk mandub(sunat), di mana seseorang akan mendapatkan pahala atas perbuatannya itu dan tidak mendapatkan balasan jika meninggalkannya. Misalnya Solat Duha. Sedangkan jika tidak terdapat di dalamnya keinginan untuk bertaqarrub, maka perbuatan tersebut termasuk mubah(harus).

Pesanan Terakhir Rasulullah S.A.W (Isi Khutbah terakhir rasulullah SAW)

Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.”

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.”

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.”

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.”

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.”

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.”

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.”

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Kronologi perkembangan Islam

§ 570M- Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan

§ 610M- Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu pertama di Gua Hira'.

§ 615M- Orang Muslim didera oleh puak Quraish. Hijrah pertama ke Habsyah.

§ 616M- Saidina Hamzah dan Saidina Umar memeluk Islam. Hijrah kedua ke Habsyah.

§ 619M- Khadijah (isteri nabi) dan Abu Talib (bapa saudara nabi) meninggal dunia. Melawat Taif. Peristiwa Isra dan Mi'raj berlaku.

§ 621- Baiatul Aqabah 1

§ 622M- Baiatul Aqabah 2. Hijrah ke Madinah. Daulah Islamiyah dibina.

§ 624M- Perang Badar.

§ 625M- Perang Uhud.

§ 627M- Perang Ahzab.

§ 628M- Perjanjian Hudaybiyah.

§ 629M- Perang Khaibar dan dalam menentang tentera Rom Byzantine, baginda menghantar tentera Islam dalam Perang Mu'tah.

§ 630M- Pembukaan Makkah. Perang Hunain.

§ 631M- Perang Tabuk.

§ 632M- Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah.