Segala puji dan syukur kepada ALLAH s.w.t kerana dengan kehendakNYA telah menggerakkan hati salah seorang ulama al-Alim Al-Allamah Habib Ali bin Muhammad al-Jufri untuk berkunjung ke daerah kami ini.
Dengan kesempatan ini, para pencinta ilmu serta ahli bait berkumpul untuk mendengar taujihat, mauizatul hasanah serta wasiat yang ingin disampaikan oleh ulama besar itu. Dalam tausiyyah yang disampaikan beliau itu, beliau memetik ayat 31 dari surah Ali Imran yang bermaksud:-
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Beliau menambah lagi, sekiranya kita mahu dikasihi Allah maka kita wajib menuruti semua ajaran Rasulullah s.a.w. kerana tanda orang-orang yang dikasihi Allah itu adalah mereka yang mencintai Baginda Rasulullah s.a.w. Tidak ada ikutan yang lebih baik dan paling patut untuk di ikuti kecuali Baginda Rasulullah.
Akhirnya beliau turut berpesan supaya terus berpegang dengan aqidah ahlu sunnah wal jamaah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan