Selamat Datang

Usrah Jamadilkubra ialah rangkaian keluarga keturunan SYED JAMALUDDIN AL-AKBAR AL-HUSAINI (Wajo Makasar 1352-1415 M) BIN AHMAD JALALUDDIN SYAH (AHMAD SYAH JALAL) melalui keturunannya SYED ALI NURUDDIN ZAINUL ALAM (Ali Nurul Alam).

Jumaat, 8 Januari 2010

Haflatul Kiram



 

Haflatul Kiram
Salam Keberangkatan
Putera-Putera Jamadilkubra








فيا أهل بيت النبي حبكم
فرض من الله في القرأن انزله
كفي كم من عزيم القدر انهم
من لا يصل عليه لا صلاة له 
              (الامام الشـــافعي)


Wahai ahli keluarga Nabi mencintai kamu,
            kefardhuan ALLAH yang di tanzilkan Al-Quran,
Memadailah bagimu kemuliaan ini,
            Sesiapa yang tidak mencintaimu tiadalah solat baginya


Satu program telah dianjurkan oleh Usrah Jamadilkubra untuk meraikan dua orang putera Jamadilkubra yang akan berangkat melanjutkan pengajian. Habib Dzul Wahyu al-Kubra akan berangkat ke Pesantren Rubath al-Muhibbien, Palembang Darussalam. Manakala Habib Muhamad Izzat pula dijangkakan akan berangkat ke Rusaifah al-Malikiyah di Mekah al-Mukarramah.

Program ini telah diadakan di Cham Malay Cafe & Restaurant, Jalan Tok Hakim Kota Bharu. Majlis bermula lebih kurang pukul 8.00 malam dengan dipengerusi oleh Habib Farid Fajilah. Majlis dibuka dengan bacaan doa oleh Habib Zaini al-Kubra. Diikuti dengan ucapan pengarah program, Habib Fakrulradzi dan ucapan Pengerusi Usrah Jamadilkubra, Habib Azman.

Kemudian wakil keluarga bagi kedua-dua putera turut dijemput memberikan ucapan dan kata-kata semangat. Fakriah Afiqah menyampaikan amanat keluarganya buat abangnya Habib Mohamad Izzat. Manakala Che Rosli sendiri sebagai bapa telah menyampaikan kata nashat dan perangsang kepada Dzul Wahyu.

Majlis turut diserikan dengan persembahan qasidah yang dialunkan oleh sahabat-sahabat Habib Muhamad Izzat yang telah dijemput bersama dibawah bimbingan Abu Aswad. Majlis juga turut memberikan kesempatan kepada kedua-dua putera Jamadilkubra yang diraikan ini untuk memberikan ucapan kepada ahli Usrah.

Antara persembahan khas ialah bacaan puisi oleh Seruling Senja dan Bahtera Cinta yang intipatinya mengandungi pesanan dan wasiat khusus untuk kedua-dua putera Jamadilkubra itu. Kedua-dua putera itu turut diserahkan wasiat dan pesanan oleh nenda mereka Hajjah Halijah Awang sebagai satu ingatan yang berkekalan tatkala berada di perantauan nanti.

Persembahan khas pula ialah nasyid Perpisahan yang didendangkan oleh kedua-dua putera itu serta para ahli Usrah yang lain dalam penuh syahdu dan sendu. Akhir sekali upacara memohon restu dari seluruh ahli Usrah yang mana kedua-dua putera tersebut bersalaman dan memohon kemaafan dari semua ahli Usrah

Semoga Allah s.w.t merahmati kedua-dua putera tersebut dengan ilmu yang bakal mereka perolehi nanti serta dapat mengamalkan dalam kehidupan mereka.


1 ulasan:

  1. Semoga daku dapat bersama kalian..Amin

    BalasPadam