Selamat Datang

Usrah Jamadilkubra ialah rangkaian keluarga keturunan SYED JAMALUDDIN AL-AKBAR AL-HUSAINI (Wajo Makasar 1352-1415 M) BIN AHMAD JALALUDDIN SYAH (AHMAD SYAH JALAL) melalui keturunannya SYED ALI NURUDDIN ZAINUL ALAM (Ali Nurul Alam).

Jumaat, 11 Jun 2010

Kebarangkatan II


Pada 10/06/2010, seorang lagi putera al-Kubra, Mohd Izzat Dhiaul Haq al-Kubrawiy al-Husaini telah berangkat ke Palembang Darussalam untuk menyambung pengajian di Maahad ar-Riyadh dibawah asuhan al-Alim al-Allamah Habib Hamid al-Habsyie.

Keberangkatan tersebut adalah bersama rombongan yang diketuai Abu Aswad al-Kubrawiy al-Husaini juga disertai Habib Azman al-Kubrawiy al-Husaini. Mohd Izzat ke palembang adalah sebagai transit sebelum beliau meneruskan lagi kembara ilmunya disalah sebuah pusat pengajian tinggi di Yaman.

Seluruh kaum keluarga Usrah Jamadilkubra mendoakan kejayaan buat Mohd Izzat serta mengharapkan ilmu yang bakal diperolehinya nanti dapat dimanfaatkan untuk kepentingan Islam dan perjuangan menegakkannya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan